Wednesday, 11 July 2012

SATU SEMESTER BERSAMA

Salam 'alayk..
Entry kali ni nak cerita tentang serba sedikit tentang 'Dakwah & Spirituality Bureau' under Political Science Students Association (POSSA) IIUM. Baru je join biro ni sem lepas (Semester 2,2011/2012). Mula-mula tak nak pun join. Asalnya, kami (saya & Masitah) pergi ke Mass Gathering Political Science Students, dengar-dengar speech, diorang introduce serba sedikit tentang kos ni, almaklumlah kami ni student first year. Tak faham sangat tentang kos ni. Then, habis. Kitorang pon berangkat lah nak pulang. Dengar dah diorang announce sesapa yang nak jadi subcommittee, sila tunggu & tulis nama kat sini. Tapi, takpelah, kitorang tak nak lagi. Next year lah kite try kan. Dah sampai dekat pintu keluar, tiba-tiba ada seorang brother ni tegur,maka terjadilah perbualan di bawah:

Brother tu: Eh, nak balik dah ke? Tak nak join POSSA?
Saya: Erm, takpelah kot. Kami ni baru first year,masih banyak yg kami tak tahu lg.
Masitah: Aah, bagilah yang dh terer. 2nd year ke.
Brother tu: Alaah, takpe..Menda boleh belajar. Jom lah join. Masuk biro dakwah, nak tak?
Saya & Masitah: Erm...
Brother tu: Takpe, pikir dulu. Kalau dah setuju, nanti isi nama ye. Meh sini phone number.

Kami pun bagi lah phone number & berlalu pulang. Dalam perjalanan, terfikir. Okay jugak kalau join. Boleh tambah ilmu pengetahuan. Tanpa menunggu lama, kami pun bagi lah nama untuk join. Dalam hati terfikir, 'Ya Allah, betul ke dengan pilihan aku ni?' Rasa berdebar jugak, sebab nak jadi ahli dalam biro dakwah, besar juga tanggungjawab ni. Orang akan pandang kita sebagai contoh. Contoh seorang pelajar jurusan sains politik dalam biro dakwah. Walaupun biro itu dianggap hanya salah satu biro yang kecil je dalam IIUM, tapi impaknya akan dipandang besar oleh IIUM students yang lain. Masa tu hanya mohon semoga Allah teguhkan hati ni menempuh segala ujian yang mendatang. Terfikir juga, Allah beri sesuatu itu mengikut kemampuan seseorang tu. Dalam hati, 'Cuba dululah, belum cuba belum tahu'

Next weeknya, start lah meeting yang pertama, berkenalan dengan semua ahli-ahli yang lain yang mana semua terdiri dari student Sains Politik. Seterusnya, sekali lagi terkejut. Masuk-masuk je biro tu terus jadi Assistant Head Bureau. Masitah pulak sebagai Treasurer. Ya Allah, boleh ke aku buat ni? Berdebar nye rasa hanya Allah yang tahu. Takpelah, kita cuba! Yakin boleh! Yakin dengan Allah kita boleh!

Hari terus berlalu, macam-macam program yang kami dah aturkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan  lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari students IIUM. Bersyukur Ya Allah. Alhamdulillah.. :) Ahli-ahli yang lain pun sangat komited buat kerja. Prinsip kami sama, mencari keredhaan Allah. Semoga Allah lindungi kami, dan permudahkan segala urusan kami. Amiin.

Ada satu sem lagi kami akan bersama sementara next tenure pulak akan naik. Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga apa yang kami rancangkan mendapat keredhaan Allah. Amiin Amiin Ya Rabb.

Atas: Akram Muhamad
Dari kiri: Mursyidatul Aminah, Masitah, Azilatil Aisyah, Rusni, Adillah, Hanif, Firdani, Firdaus.
Tiada dalam gambar: Nabilah, Razif, Majdi Nadwan (ahli baru)


#Quick Entry 14


TAKDE TAJUK

Salam 'alayk...
Hmm, tak tahu macam mana nak mulakan. Selalu jadi macam ni, tak reti nak mula, tapi bila dah start, meleret-leret pulak. :p
Sebenarnya entry petang ni, takde tajuk sebab tak jumpa tajuk yang spesifik nak bagi. Hanya luahan, hanya  contengan suka-suka. Hanya hayunan jari jemari menekan keyboard. Apa rasa nak tulis, tekan je.

Bila tengok gambar atas ni, teringat ada sorg kawan pernah cakap, 'Azie ni kalau dia suka satu wallpaper, wallpaper tu lah yg dia guna untuk fb, handphone, blog etc. Pastu, lama pulak tu baru tukar. Memang setia betol'

Mula-mula tak setuju dengan 'statement' tu. Tapi, bila lama-lama perhatikan, rasa macam betol la, memang ye pon. Kalau dah suka sesuatu tu, memang tu je la yg guna. Nak kata setia, tak tahulah. Mungkin kot. :)
Bila perhatikan balik, contohnye kasut, baju etc. Memang jenis yang setia pada yang satu. Lagi tak rosak, lagi tu la dok pakai. Contoh baru-baru ni, KASUT. Ade je kasut lain, tapi rasa selesa dengan yang tu, so pakai yang tu je la. Sampai ummi tegur, 'Eh, ummi tengok lama dah kamu pakai kasut tu. Tahan lagi yek' hehe. Ummi, anakmu ini memang seorang yang berjimat-cermat. hehe. Kalau Anis Z baca, mesti dia ketawa guling-guling. Berjimat cermat tu kadang-kadang. Time takde rase nak membeli belah, memang la jimat. Kedekut? Itu jauh sekali. :)

Semalam, pergi satu ceramah, terjumpa pulak kawan lama. Memang lama jugak la. Zaman sekolah menengah. Tahun 2008. Lebih kurang 4 5 tahun camtu tak jumpa. Sembang-sembang, rupa-rupanya dia ni nak kawin dah. Hujung 2012 ni akan kawin. Nak kata takde rasa jeles walau sekelumit dalam hati tu, memang tipu lah. Tapi, bila pikir-pikir balik, kenapa nak jeles? Kan Allah dah tetapkan setiap manusia itu berpasangan. Cuma, masa aje cepat atau lambat.

Balik kampung baru ni pun, ramai dah sedara mara tanya, bila nak kawin. bila nak kawin.bila nak kawin. Eh, tua sangat dah ke aku ni? Baru 21 tahun. Mungkin sebab cucu sulung dalam family kot. Cucu sulung belah ummi & cucu sulung PEREMPUAN belah abah. Lagipun adik beradik ummi yang perempuan semuanya kawin awal. Umur 21 dah anak sorang dua dah. Ummi pun kawin umur 19 tahun. Menda-menda macam tu buatkan jadi terpikir, perlu ke aku kawin awal? Nak kawin awal amendenye, calon pun takde. Ish3. Tak payah. Tak payah.

Setelah dipikir-pikir, rasanya kawin awal itu tidak perlu untuk seorang insan yang bernama AKU buat masa sekarang ni. Tapi, tak tahulah apa yang Allah akan tetapkan nanti. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan :)

Kalau ikut perancangan, nak belajar habis-habis. Nak jadi PTD a.k.a PEGAWAI TADBIR DIPLOMAT. Apa menda PTD ni, tunggu next entry. Itu cita-cita terbaru sejak masuk U. Kalau kecik-kecik dulu, macam-macam cita-cita ada (apa banyak sangat kata ganda ni). Yelah, kat U amik kos Sains Politik. Jadi, cita-cita kena lah berkaitan. Ada seorang abang kepada seorang kawan ni, jadi PTD. Sekarang bekerja di German. Teringin nak juga macam tu. Kalau boleh nak ke German ke, Paris ke. Wah, tinggi nye angan-angan. Tapi, tak salah kan. Ada sahabat pernah cakap, tak salah berangan tinggi-tinggi. Itu sebenarnya, bagi kita gambaran apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni. Nak kejar cita-cita bukan hanya pada nama, pangkat atau gelaran tapi kerana Allah. Kerana Pencipta.  Nak jadi seorang PTD yang berjaya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat sana. Itu azam aku. InsyaAllah. Doakan ye :)

So, tak payah pikir pasal kawin-kawin ni lagi. Kejar cita-cita dulu ye. Erm, apa lagi nak cerita. Takde apa dh kot. Kalau ade, next entry pulak la ye. Rasenye dah jumpa tajuk ape. Tapi, takpelah biarkan ia tidak bertajuk. :)

Akhir sekali, nak petik satu ayat Quran ni,


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." {Al-Baqarah: 153}



fighting!!
:)










#Quick Entry 13

Cantiknya wanita apabila...
Melukis kekuatan melalui masalahnya,
Tersenyum di saat tertekan,
Tertawa di saat hati sedang menangis,
Tabah di saat terhina,
Mempersona di saat memaafkan,
Mengasihani tanpa meminta balasan,
Bertambah kuat dalam doa,
Dan pengharapan Ilahi.
:)



#Quick Entry 12


#Quick Entry 11

Sayidina Umar bin Abdul Aziz apabila disibukkan oleh urusan kaum muslimin, beliau mengambil mushaf dan membacanya walaupun hanya dua atau tiga ayat. 

Beliau berkata, "Agar saya tidak termasuk mereka yang menjadikan Al-Qur'an sebagai sesuatu yang ditinggalkan." 

Jom baca Quran :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...