Tuesday 26 April 2011

BUNTU...macam mana nie??

Dengan Nama Allah  s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Baru2 ni ade beberapa perkara yg membelenggu dan menganggu fikiran ana.Buntu memikirkannya.Hati jadi x tenang.Jiwa resah.Fikiran berserabut.Macam2 cara yang ana dh cuba.Alhamdulillah,sahabat2 banyak memberikan bantuan dari segi nasihat dsb..Syukran 'alaik..Berbalik kepada kisah ana tadi,ana rasakan satu ketidakselesaan dalam hati nie,..Justeru,dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. merupakan jalan terbaik,..Namun,apa yg ana lakukan,.tindakan dan kelakuan ana dalam menjalani kehidupan seharian agak tidak seimbang sebagaimana biasa..Ana merasakan ana perlu bertindak,ana x boleh nak teruskan kehidupan dengan keadaan hati yang sebegini..Ana perlu berbuat sesuatu!Nekad!Ya Allah,bantulah aku,hambamu yang lemah ini...Ana ada bertanyakan sahabat2,dan xlupa juga meng'goggle' utk mencari info2 berkaitan utk mengatasi masalah ana ini..Disamping itu,berbekalkan sedikit ilmu yang cetek yg ada pd ana,..insyaAllah masalah ini dpt diselesaikan,..Benar kata ummi,apa jua pn masalah yg kita hadapi,.jalan penyelesaian nya adalah kembali kepada Allah s.w.t...DIA Maha Mengetahui segala apa yang tebuku dalam hati kita...Minta petunjuk dan bantuan drNya,..InsyaAllah jalan penyelesaian yg Allah s.w.t. berikan adalah yg terbaik,..INSYAALLAH...Ya Allah,beratnya ujian yg Kau berikan kepadaku,..Namun aku bersyukur,ujian dariMu tanda Engkau menyayangiku...tanda Engkau mengasiku..Aku bersyukur Ya Allah,...Ini adalah salah satu jalan penyelesaian yg ana dpt setelah memikirkan apa patut ana buat utk menyelesaikan masalah yg ana hadapi nie,..iaitu SOLAT ISTIKHARAH...Ya...itu adalah jalan penyelesaian yg terbaik!! kenapa lah sblm ni ana x terpkir ttg solat istikharah nie..Mungkin Allah s.w.t. mahu ana berusaha lebih,..Mungkin juga Allah s.w.t. mahu ana merasakan sendiri bagaimana rasanya jika Allah cintakan kita..Allah s.w.t. mahu ana sedar bahawa cintaNya itu membuatkan kita tidak keruan,hati sentiasa mengingatiNya,..lidah basah menyebut namaNya,..dalam setiap perbuatan, kita tdk lupakanNya,setiap hari rindu kita kpdNya bercambah...Cinta kpd Nya ini,membuatkan pahala kita bertambah,dosa kita berkurangan..MasyaAllah,hebatnya cintaMu Ya Allah,...Justeru di sini ana nak berkongsi,mungkin ada yg belum arif ttg solat istikharah nie...Ana pun mula2 tak la tau sngt ttg solat istikharah nie,tp setelah mendapat serba sedikit panduan,.Alhamdulillah,..bolehlah sama2 kita kongsi,..
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.


Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
 Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
TATACARA SOLAT ISTIKHARAH
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakaat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Ana harap sedikit sebanyak ana dapat membantu berkenaan solat istikharah nie,..Terima kasih,..semoga kita sentiasa berada dlm rahmatNya,..=/









Tuesday 5 April 2011

DOA HARI LAHIR

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


5 APRIL 2011-20 years old
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...