Wednesday 11 July 2012

SATU SEMESTER BERSAMA

Salam 'alayk..
Entry kali ni nak cerita tentang serba sedikit tentang 'Dakwah & Spirituality Bureau' under Political Science Students Association (POSSA) IIUM. Baru je join biro ni sem lepas (Semester 2,2011/2012). Mula-mula tak nak pun join. Asalnya, kami (saya & Masitah) pergi ke Mass Gathering Political Science Students, dengar-dengar speech, diorang introduce serba sedikit tentang kos ni, almaklumlah kami ni student first year. Tak faham sangat tentang kos ni. Then, habis. Kitorang pon berangkat lah nak pulang. Dengar dah diorang announce sesapa yang nak jadi subcommittee, sila tunggu & tulis nama kat sini. Tapi, takpelah, kitorang tak nak lagi. Next year lah kite try kan. Dah sampai dekat pintu keluar, tiba-tiba ada seorang brother ni tegur,maka terjadilah perbualan di bawah:

Brother tu: Eh, nak balik dah ke? Tak nak join POSSA?
Saya: Erm, takpelah kot. Kami ni baru first year,masih banyak yg kami tak tahu lg.
Masitah: Aah, bagilah yang dh terer. 2nd year ke.
Brother tu: Alaah, takpe..Menda boleh belajar. Jom lah join. Masuk biro dakwah, nak tak?
Saya & Masitah: Erm...
Brother tu: Takpe, pikir dulu. Kalau dah setuju, nanti isi nama ye. Meh sini phone number.

Kami pun bagi lah phone number & berlalu pulang. Dalam perjalanan, terfikir. Okay jugak kalau join. Boleh tambah ilmu pengetahuan. Tanpa menunggu lama, kami pun bagi lah nama untuk join. Dalam hati terfikir, 'Ya Allah, betul ke dengan pilihan aku ni?' Rasa berdebar jugak, sebab nak jadi ahli dalam biro dakwah, besar juga tanggungjawab ni. Orang akan pandang kita sebagai contoh. Contoh seorang pelajar jurusan sains politik dalam biro dakwah. Walaupun biro itu dianggap hanya salah satu biro yang kecil je dalam IIUM, tapi impaknya akan dipandang besar oleh IIUM students yang lain. Masa tu hanya mohon semoga Allah teguhkan hati ni menempuh segala ujian yang mendatang. Terfikir juga, Allah beri sesuatu itu mengikut kemampuan seseorang tu. Dalam hati, 'Cuba dululah, belum cuba belum tahu'

Next weeknya, start lah meeting yang pertama, berkenalan dengan semua ahli-ahli yang lain yang mana semua terdiri dari student Sains Politik. Seterusnya, sekali lagi terkejut. Masuk-masuk je biro tu terus jadi Assistant Head Bureau. Masitah pulak sebagai Treasurer. Ya Allah, boleh ke aku buat ni? Berdebar nye rasa hanya Allah yang tahu. Takpelah, kita cuba! Yakin boleh! Yakin dengan Allah kita boleh!

Hari terus berlalu, macam-macam program yang kami dah aturkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan  lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari students IIUM. Bersyukur Ya Allah. Alhamdulillah.. :) Ahli-ahli yang lain pun sangat komited buat kerja. Prinsip kami sama, mencari keredhaan Allah. Semoga Allah lindungi kami, dan permudahkan segala urusan kami. Amiin.

Ada satu sem lagi kami akan bersama sementara next tenure pulak akan naik. Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga apa yang kami rancangkan mendapat keredhaan Allah. Amiin Amiin Ya Rabb.

Atas: Akram Muhamad
Dari kiri: Mursyidatul Aminah, Masitah, Azilatil Aisyah, Rusni, Adillah, Hanif, Firdani, Firdaus.
Tiada dalam gambar: Nabilah, Razif, Majdi Nadwan (ahli baru)


#Quick Entry 14


TAKDE TAJUK

Salam 'alayk...
Hmm, tak tahu macam mana nak mulakan. Selalu jadi macam ni, tak reti nak mula, tapi bila dah start, meleret-leret pulak. :p
Sebenarnya entry petang ni, takde tajuk sebab tak jumpa tajuk yang spesifik nak bagi. Hanya luahan, hanya  contengan suka-suka. Hanya hayunan jari jemari menekan keyboard. Apa rasa nak tulis, tekan je.

Bila tengok gambar atas ni, teringat ada sorg kawan pernah cakap, 'Azie ni kalau dia suka satu wallpaper, wallpaper tu lah yg dia guna untuk fb, handphone, blog etc. Pastu, lama pulak tu baru tukar. Memang setia betol'

Mula-mula tak setuju dengan 'statement' tu. Tapi, bila lama-lama perhatikan, rasa macam betol la, memang ye pon. Kalau dah suka sesuatu tu, memang tu je la yg guna. Nak kata setia, tak tahulah. Mungkin kot. :)
Bila perhatikan balik, contohnye kasut, baju etc. Memang jenis yang setia pada yang satu. Lagi tak rosak, lagi tu la dok pakai. Contoh baru-baru ni, KASUT. Ade je kasut lain, tapi rasa selesa dengan yang tu, so pakai yang tu je la. Sampai ummi tegur, 'Eh, ummi tengok lama dah kamu pakai kasut tu. Tahan lagi yek' hehe. Ummi, anakmu ini memang seorang yang berjimat-cermat. hehe. Kalau Anis Z baca, mesti dia ketawa guling-guling. Berjimat cermat tu kadang-kadang. Time takde rase nak membeli belah, memang la jimat. Kedekut? Itu jauh sekali. :)

Semalam, pergi satu ceramah, terjumpa pulak kawan lama. Memang lama jugak la. Zaman sekolah menengah. Tahun 2008. Lebih kurang 4 5 tahun camtu tak jumpa. Sembang-sembang, rupa-rupanya dia ni nak kawin dah. Hujung 2012 ni akan kawin. Nak kata takde rasa jeles walau sekelumit dalam hati tu, memang tipu lah. Tapi, bila pikir-pikir balik, kenapa nak jeles? Kan Allah dah tetapkan setiap manusia itu berpasangan. Cuma, masa aje cepat atau lambat.

Balik kampung baru ni pun, ramai dah sedara mara tanya, bila nak kawin. bila nak kawin.bila nak kawin. Eh, tua sangat dah ke aku ni? Baru 21 tahun. Mungkin sebab cucu sulung dalam family kot. Cucu sulung belah ummi & cucu sulung PEREMPUAN belah abah. Lagipun adik beradik ummi yang perempuan semuanya kawin awal. Umur 21 dah anak sorang dua dah. Ummi pun kawin umur 19 tahun. Menda-menda macam tu buatkan jadi terpikir, perlu ke aku kawin awal? Nak kawin awal amendenye, calon pun takde. Ish3. Tak payah. Tak payah.

Setelah dipikir-pikir, rasanya kawin awal itu tidak perlu untuk seorang insan yang bernama AKU buat masa sekarang ni. Tapi, tak tahulah apa yang Allah akan tetapkan nanti. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan :)

Kalau ikut perancangan, nak belajar habis-habis. Nak jadi PTD a.k.a PEGAWAI TADBIR DIPLOMAT. Apa menda PTD ni, tunggu next entry. Itu cita-cita terbaru sejak masuk U. Kalau kecik-kecik dulu, macam-macam cita-cita ada (apa banyak sangat kata ganda ni). Yelah, kat U amik kos Sains Politik. Jadi, cita-cita kena lah berkaitan. Ada seorang abang kepada seorang kawan ni, jadi PTD. Sekarang bekerja di German. Teringin nak juga macam tu. Kalau boleh nak ke German ke, Paris ke. Wah, tinggi nye angan-angan. Tapi, tak salah kan. Ada sahabat pernah cakap, tak salah berangan tinggi-tinggi. Itu sebenarnya, bagi kita gambaran apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni. Nak kejar cita-cita bukan hanya pada nama, pangkat atau gelaran tapi kerana Allah. Kerana Pencipta.  Nak jadi seorang PTD yang berjaya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat sana. Itu azam aku. InsyaAllah. Doakan ye :)

So, tak payah pikir pasal kawin-kawin ni lagi. Kejar cita-cita dulu ye. Erm, apa lagi nak cerita. Takde apa dh kot. Kalau ade, next entry pulak la ye. Rasenye dah jumpa tajuk ape. Tapi, takpelah biarkan ia tidak bertajuk. :)

Akhir sekali, nak petik satu ayat Quran ni,


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." {Al-Baqarah: 153}



fighting!!
:)










#Quick Entry 13

Cantiknya wanita apabila...
Melukis kekuatan melalui masalahnya,
Tersenyum di saat tertekan,
Tertawa di saat hati sedang menangis,
Tabah di saat terhina,
Mempersona di saat memaafkan,
Mengasihani tanpa meminta balasan,
Bertambah kuat dalam doa,
Dan pengharapan Ilahi.
:)



#Quick Entry 12


#Quick Entry 11

Sayidina Umar bin Abdul Aziz apabila disibukkan oleh urusan kaum muslimin, beliau mengambil mushaf dan membacanya walaupun hanya dua atau tiga ayat. 

Beliau berkata, "Agar saya tidak termasuk mereka yang menjadikan Al-Qur'an sebagai sesuatu yang ditinggalkan." 

Jom baca Quran :)


#Quick Entry 10

Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. 
{Hadith Bukhari}

#Quick Entry 9


#Quick Entry 8

Untuk hati-hati yang sedang diuji. DIA tak pernah jauh :')

#Quick Entry 7



#Quick Entry 6

Sesuatu yang datang dari hati, akan jatuh ke hati juga :')

#Quick Entry 5

Allah Maha Pengampun :')

Tuesday 10 July 2012

#Resipi 1

Blueberry Cheesecake



Bahan-bahan
2 ketul cream cheese 250gram 
1 tin susu pekat manis 
2 biji telur 
1 sudu tepung gandum 
jem blueberry

Cara-cara
Tapak(base)
1. Biskut oreo dihancurkan 
2. Satu cawan majerin yang dicairkan,gaul sebati n tekan pada dasar loyang sebagai tapak atau swiss roll,potong dan susun dalam loyang

Topping
3. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik,kemudian pukul (boleh guna mixer atau blender) 
4. masukkan susu dan pukul lagi 
5.dah sebati,masukkan telur sedikit demi sedikit
6. masukkan tepung
7. jika suka, boleh masukkan coklat cip atau coklat rice
8.tuangkan dalam loyang berisi biskut atau kek tadi
*hiasan boleh taburkan kepingan badam atau titiskan coklat cair atas kek
7.sedia untuk di bakar,lebih kurang 45 minit, cucuk kek dengan tester atau lidi untuk pastikan kek masak.(jika tak melekat pada lidi itu tanda kek sudah masak)
8. akhir,tuangkan jem bluberry atas kek, siap untuk di makan :)

SELAMAT MENCUBA :)

#Quick Entry 4

:)

#Quick Entry 3


WHEN U REMEMBER ME, I REMEMBER U... 
WHEN U FORGET ME, I STILL REMEMBER U...
:)

Monday 9 July 2012

#Quick Entry 2


Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Pray for it :)

#Quick Entry 1


One day, InsyaALLAH :)

AKTIVITI TIME CUTI :)


Assalamualaikum J
Ya Allah, belog sape nie? Penuh dengan sawang. Heee..Ntah, belog sape ntah ..buat2 xtahu..hehe..(-__-)
Dh lama dh cuti, dh nk masuk sebulan lebih, belog x juga di update update. Haish.. Ok2, back to the point, sbnrnye nk story mory skit pasal aktiviti2 menarik time cecuti nie.. (org lain sibuk short sem, dia sibuk beriang-ria kt rumah)hehe..

ceritanya cenggini, smlm boring sngt, xtau nk wtpe asyik on9 je.. tetibe, abah ckp, “jom kite g mancing (memancing) ptg ni?”
dengan muka eksaited nye terus tanya, “Haa? Kt mana, kt mana? “ sambil tersenyum lebar.
Abah jwb, “ikot je..” 

ni la tempatnya..tenang je.. :)

yeay, dlm hati bkn main lg berbunga riang, rasa cm seronoknye nk g mancing. Dh lama kot x pg memancing, last pg time umur dlm belasan dulu, sekarang dh puluhan. :p

terus masuk bilik, siap2 kn baju, sbb sebelum tu dh dpt gmbrn dr ummi nk g memancing ni kt pantai, seronok la nk mandi-manda sekali J ummi pesan jgn lupa bwk telekung sekali, kita solat kt sana, N maybe balik mlm skit. Tlg2 ummi siapkan makanan2 sume then dlm pukul 5.30 ptg right after Asar prayer, kami pn terus bertolak. Opps,lupa abah bwk kwn abah sekali a.k.a. Pakcik Zul sebab dia ada jala. Dia ni mmg kwn baik abah la, kemana mesti bersama. Hehe.

Dlm kete eksaited sngt, bergelak ketawa bersenda gurau semua. Then, sampai dlm pukul 6.15 ptg. Sampai2 rasa mcm waah, cantiknye tmpt ni. Subhanallah.. Besarnya kekuasaanMu ya Allah. Tmpt ni mmg sngt cantik & bersih berseri2. Kelihatan ramai la pemancing2 yg lain.
Tanya kt abah, “kita nak tangkap apa kt sini abah, cntik sngt tmpat ni”
Abah jwb, “ InsyaAllah, kita try tangkap udang, & ikan (ape ntah nama ikan abah sebut, lupa..)”

cantik kan this siput? :)

Abah & pakcik Zul pun mula la menjala, seronok tngok bila jala tu ditebar, cantik je. Bnyk dpt udang, besar2 pulak tu, abah ckp kalau beli udang ni kat market dlm rm 16 sekilo. Kami dpt la dlm ½ kilo kot. Puas hati dh tu. Hari dh mula beransur mlm. Sy, ummi, ucik & ma (adik2) jd penunggu setia sementara abah & pakcik zul menjala udang. Dlm menjala udang tu, ada la jugak dpt 7 8 ekor ikan. Besar2 jugak. Seronokye tngok J tengok je la..

Pastu, dh pukul 7.30 mlm, kami pon mula la bergerak ke kereta, ktorang pasang tikar kt tepi tu, berwudhu’ & solat Maghrib berjemaah. Rasa tenang sngt, solat kt tepi pantai tu. Indah sungguh. 
Pastu, abah dgn pakcik Zul ckp diorang nak pergi tangkap ikan lagi, sebab time2 mcm ni ikan banyak ‘bersidai’ kt tepi2, nnti diorang (ikan2 tu) akan ke tengah air bila hari semakin malam. Kitorang pn tunggu je la kt tmpt tu. Memang betol, bnyk sungguh ikan yg dpt, penuh kotak ikan tu. Seronok + kesian time nak cabut ikan2 yg terlekat dkt jala tu. Haish, tp ummi kata, x boleh kesian, nnti xboleh mkn. Hehe. Xjd la nk kesian J

lepas makan2, abah ckp,” jom kita g pantai yg belah sana pulak, kt sini dh xbnyk”
kitorang pn, tanpa berlengah terus bergerak ke tmpt tu. Rasa kelakar pulak, dh mcm jungle trekking pulak kt situ, sebab pantai tu tanah dia xla rata sngt, ada bukit2. Jd, kitorang 1 family redah jugak la tmpt tu nk g ke belah sana pulak. Mujur xda bdak kecik, kalau x susah jugak nk bergerak kn. Yg kecik pn umur 8 tahun, ingtkan dia xselesa tp dia pulak lg seronok, eksaited je turun cerun bukit, naik bukit. Hehe.. Dh la memang gelap, suluh je la jalan tu. Sampai2 je, abah pn start la pasang pancing semua, then pancing la. Kitorang yang tunggu ni, rasa boring la pulak, tunggu ikan xdpt2. Hmm..Lastnye, kitorang semua baring atas pasir tengok ke langit. Waahh, seronoknye.. Best sngt
J
 ni la peneman setia time cuti ni :) ma & ucik 

senja itu... 

Akhirnye, dh selesai semua, kitorang pon berangkat balik, kitorang balik dlm pukul 10 mlm. Tu dia.. punya la syok memancing. Ish ish ish.. itupon abah ckp awal lg nie, mujur adik2 yg berdua tu nak sekolah je esoknye, kalau x tido situ agaknye..hehe.. Banyak la jugak kitorang dpt. Eksaited, InsyaAllah, nanti nak pegi lagi. Kalau boleh, nk tido situ pulak. Hehe,. Wassalam.

p/s: Maaf. gmbr hasil tangkapan tidak diambil :)


Monday 23 January 2012

CINTA sebelum KAHWIN? Boleh ke?

Assalamualaikum w.b.t.
Kali nie nk kongsikan satu artikel yg saya rasa amat menarik untuk remaja2 baca, fahami & aplikasi dalam kehidupan mereka. Masih ramai remaja2 yang kurang faham berkaitan dengan C I N T A  termasuklah saya sehinggalah saya terjumpa artikel nie.
(“ ,)
Mari sama2 tambah ilmu \(“ ,)/ Hasil nukilan Saudara Hilal Asyraf.


Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal.

Cinta. Rata-rata masyarakat melayu, mereka yang berkecimpung dalam gerakan dakwah, juga mereka yang berada dalam golongan ‘baik’ dan ‘bertatasusila’, apabila disebut berkenaan cinta sebelum kahwin, akan memandang negatif. Cinta sebelum kahwin kelihatan kotor dan menjijikkan. Cinta sebelum kahwin kelihatan merosakkan.

                Dan pandangan ini mendatangkan 1001 permasalahan kepada perjalanan cinta yang baik dalam kalangan muda-mudi khususnya, juga masyarakat amnya.

Definisi Cinta Kita, Ambil Daripada Mana?

Bila disebut cinta, apakah yang kita nampak dan faham?

                Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT?

                Tetapi saya melihat, definisi ini tidak dikongsikan oleh kebanyakan masyarakat.

                Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan. Cinta mesti ada kaitannya dengan melalaikan, mengasyikkan. Cinta dengan seks tidak dipisahkan. Cinta mesti ada pegang-pegang tangan, keluar bersama, berdua-duaan, mengucap kalimat-kalimat jiwang, angau dan sebagainya.

                Ya. Itu pandangan kebanyakan apabila disebut berkenaan cinta.

                Kerana itu, apabila disebut ‘cinta sebelum kahwin’, kelihatannya tersangat ‘taboo’. Akhirnya muncul lah ajaran-ajaran bahawa ‘cinta selepas kahwin’ lebih membawa berkat dan sebagainya. ‘Cinta sebelum kahwin’ adalah haram dan sebagainya. Begitulah.

                Sebenarnya, definisi cinta yang dipegang oleh masyarakat ini, datangnya daripada mana?

                Mudah saya ungkapkan, ini semua adalah daripada cinta yang ditunjukkan di dalam Hollywood. Cinta lelaki perempuan, dengan ciuman, dengan keluar berdua-duaan, dengan sentuhan, dengan seks, tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.

                Ya. Kita nampak cinta dengan definisi itu.
                Sebab itu akhirnya, cinta kelihatan jijik untuk dibicarakan.
                Cinta diharamkan sebelum perkahwinan.
                Sedangkan, cinta hanyalah mangsa keadaan.
                Manusia itu sendiri yang perlu memperbetulkan pandangan.

Apabila Cinta Silap Dipandang.

Apabila kita silap mendefinisikan cinta, maka silaplah kita akan cara melayannya.

                Kesilapan ini membawa kepada larangan terhadap remaja untuk mempelajari cinta yang sebenar.

                “Hish, kecik-kecik dah gatal!”

                Akhirnya, dek kerana tidak mendapat pendidikan cinta yang sebenar, pendefinisian cinta yang sebenar, anak-anak menuruti orang-orang tua yang menggunakan definisi cinta hollywood, lantas menterjemahkan cinta sedemikian rupa. Kerana itu, ‘cycle’ ini tidak dapat kita pecahkan.

                Kesilapan ini juga membawa kepada terbukanya maksiat.

                “Mak, rasanya saya ni perlu dah kahwin.”
                “Hang budak lagi. Belajar dulu.”

                Sedangkan, sepatutnya itulah peluang ibu bapa mulakan perbincangan yang baik kepada anak-anaknya berkenaan cinta dan rumahtangga. Bukan dijawab sambil lewa sedemikian rupa. Dengan jawapan sedemikian, sang anak memberontak dan akhirnya mengambil jalan sendiri dalam bercinta. Yang mana kita sedia maklum, kebanyakannya tidak berakhir dengan baik, dan merentas jalan-jalan yang Allah murkai.

                Kesilapan ini juga membawa kepada kesukaran terhadap perkara yang sebenarnya mudah.

                “Awk, sya rsa kta kne bncang bnda ni guna mlut. Ckp.”
                “Gna email or sms je bleh x?Sbb nak jga dari zna hati.”
                -----------------------------------------------------------
                Perbualan di atas ini adalah SMS
                ------------------------------------------------------------

                Dan akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah, menjadi susah dengan pelbagai interprestasi. Tulisan yang tidak bernada, membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar, menjadi berjela-jela, dan membuatkan keputusan yang patut boleh didapatkan, bertukar menjadi perbalahan. Akhirnya ini merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan.

                “Awak, janganlah tinggalkan saya, saya cintakan awak!”
                “Awak, apa bukti awak cintakan saya?”
                “Saya sanggup serah segala-galanya kepada awak.”
                Diikuti dengan ciuman berahi, dan selepas itu hubungan seks.

                Iya. Itu satu lagi contoh lain apabila silap mendefinisikan cinta.

                Dan jika ingin saya berikan contoh, saya boleh berikan pelbagai lagi contoh akan ‘flaw’ atau ‘kecacatan’ apabila kita silap mendefinsikan cinta. Perlahan-lahan, ini membawa kepada kerosakan dan keruntuhan di dalam masyarakat.

                Kumpulan yang ‘mengharamkan cinta sebelum kahwin’ dengan membuta tuli, tanpa pembetulan dalam pendefinisian cinta, tanpa usaha membersihkan cinta yang sebenar, hanya akan membawa kerosakan. Saya tidak memandang bahawa manusia perlu kepada ayat: “Cinta sebelum kahwin itu HARAM!”, tetapi saya memandang secara positif bahawa, yang manusia perlukan sebenarnya adalah ayat: “Cinta yang sebenarnya adalah begini dan begini. Jika ingin bercinta, begini dan begini caranya.”

Remaja, Veteran, Perlu Memegang Definisi Cinta Yang Betul.

Pada saya, baik remaja dan veteran, kedua-duanya perlu memegang definisi cinta yang sebenar.

                Cinta, kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurgaNya.
                Apa-apa yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta.

                Maka semestinya apabila kita bicarakan akan ‘cinta sebelum kahwin’, perkara-perkara yang melanggar syariat itu semestinya tiada. Cinta sebelum kahwin yang sebenar bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian, bukanlah sesuatu yang merosakkan. Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

                Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya.

                Veteran yang memahami makna cinta yang sebenar, akan berjaya membawa urusan perkahwinan anak-anaknya ke arah yang selamat dan diberkati oleh Allah SWT. Anak-anak mereka akan terdidik dengan cinta yang sebenar, lantas menjauhi cinta yang rosak dan palsu. Anak-anak mereka akan rasa indah dengan keluasan Islam dan rasa berpuas hati duduk di dalam agama yang menjaga serta memandu fitrah manusia.

                Remaja yang memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan. Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana. Dan apabila dia jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga.

                Untuk saya, inilah dia yang sepatutnya kita ada.

Penutup: Cinta Sebelum Kahwin, Ada. Halal. Dengan Definisi Saya.
Cinta sebelum kahwin itu ada. Halal. Dengan definisi saya.

                Cinta itu pada saya mahal, dan tinggi harganya. Cinta itu pada saya membina, dan mustahil merosakkan jiwa. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.

                Silap mendefinisikan cinta, kita akan bersalah kepada yang tidak sepatutnya.
                Kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan.
                Kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan.
                Islam adalah agama yang bukan mengharamkan fitrah. Tetapi mengawalnya.

                Maka bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram? Sedang cinta itu adalah antara fitrah yang utama. Sebelum berkahwin, selepas berkahwin. Halal. Tinggal bagaimana kita mendefinisikan cinta itu yang membezakan.

Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta.
Bukan mengharamkannya. Mengharamkannya, hanya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita.

(" ,)
syukran Saudara Hilal atas perkongsian yg amat bermanfaat ini.
(saya share ye...)

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W.

1 ) Khadijah binti Khuwailid r.a.
2) Saudah binti Zum’ah r.a.
3) Aisyah binti Abu Bakar r.a.
4) Hafsah binti Umar Al-Khattab r.a.
5) Zainab binti Jahsy r.a.
6) Zainab binti Khuzaimah r.a.
7) Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umayyah) r.a.
8) Ummu Habibah (Ramlah binti Abu Sufian) r.a.
9) Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
10) Maimunah binti Al-Harith r.a.
11) Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
12) Mariyah Al-Qibtiyah r.a.


~Gambar hiasan~

.....
(“ ,)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...