Thursday 16 June 2011

SANTAI SEKETIKA

Cerita2 lawak yg ade kt bawah ni adlh di’copy’ dr blog seseorg..bile bace seronok jugak,boleh menghilangkan stress..Mari same2 bace….

Cerita 1

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Cerita 2

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 3

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”



Cerita 4
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che’gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.
Che’gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che’gu Berahim pun bertanya,
Che’gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-Mana.


Cerita 5




Che’gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Che’gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek didapur.
Che’gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu…. Che’gu nie tak sekolah ke hape??

Cerita 6





Seperti biasa, Che’gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che’gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab”cara berwudhuk”Selepas mengajar, beliau (Che’gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Che’gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che’gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che’gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che’gu : Allahhuakbarr!!!


Cerita 7
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: “Tolong naik sorang-sorang. .. jangan ramai- ramai!”
Cerita 8
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
“Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor”, kata pensyarah itu.
“Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”,
katanya…sebagai contoh,pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajarselesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata….
“Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti tadi….saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.
SEKARANG…. .TUMPUKAN PERHATIAN… .PAHAM!!! !!
Haa,..macam tu la cerita2 lawak nye..=) cukup2 la ye..just nk hilangkan stress je…takut banyak sangat ketawa nanti cepat pulak perginya…(macam kenal je ayat ni ! hehe…)
K,wassalam…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...